Sunday, November 28, 2021

Pengenalan




AHLI KUMPULAN



 



PENGENALAN





OBJEKTIF

  1. Menerangkan fungsi Akta Pendidikan 1996 dan kesesuaian pendidikan abad-21
  2. Menjelaskan peranan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia
  3. Menganalisiskan implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia
  4. Mengenalpasti cabaran-cabaran utama dalam pelaksanaan Akta Pendidikan 1996   




RUMUSAN
 
Sebelum terbentuknya Akta Pendidikan 1996 , negara kita masih melaksanakan Akta Pendidikan 1961 di mana akta ini menegaskan tentang matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan pada masa itu iaitu menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang mana memenuhi keperluan negara dan mengalakkan pembangunan ekonomi , sosio-budaya serta politik . Namun , selaras dengan abad-21 yang menuju ke arah era digital dan teknologi maklumat , negara memberi tumpuan ke arah melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran bagi mengahadapi cabaran alaf baru .Oleh itu , Akta Pendidikan 1961 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Pendidiakn 1996 atau dikenali dengan Akta 550 pada 10 Ogos 1996 bagi membolehkan syor-syor dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979  dan perubahan pendidikan semasa dilaksanakan . Tidak dinafikan juga , Akta Pendidikan 1996 ini berfokuskan kepada ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara . Selain itu , akta ini menitikberatkan pemerolehan dan penguasaan ilmu oleh seseorang individu serta kemahiran dan nilai murni bagi melengkapkan diri individu tersebut dengan pelbagai kemahiran . Tujuannnya supaya individu tersebut mampu menghadapi cabaran dunia dan berdaya saing serta bersifat global . Pendidikan ditekankan kerana berperanan penting bagi menjayakan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu , demokratik , liberal dan dinamik . Sehingga kini perkembangan dan pembangunan pendidikan yang berlaku di Malaysia adalah tertakhluk kepada segala perkara yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996 . 




No comments:

Post a Comment

Pengenalan

AHLI KUMPULAN   PENGENALAN OBJEKTIF Menerangkan fungsi Akta Pendidikan 1996 dan kesesuaian pendidikan abad-21 Menjelaskan peranan Akta Pen...