FUNGSI AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN
KESESUAIAN PENDIDIKAN ABAD 21
Fungsi akta pendidikan 1996 terhadap pendidikan abad 21 ;
1 ) Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan perkembangan era digital & teknologi
2 ) Menekankan penggunaan sains dan teknologi dalam pendidikan
3 ) Mendisiplinkan individu dan organisasi untuk memastikan sistem pendidikan berjalan lancar
4 ) Menyamaratakan peluang pendidikan setiap warganegara Malaysia
5 ) Menyatupadukan perpaduan kaum
- Berlaku interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan. Sebagai contoh , guru mewujudkan komunikasi dua hala dalam kelas melalui aktiviti pembentangan dan perbincangan dalam kumpulan.
- Guru boleh memberi komen yang membina dari segi penggunaan bahasa badan, nada suara, cara bertanya kepada rakan dan sebagainya.Oleh yang demikian, murid-murid dapat membina keyakinan diri semasa berinteraksi bersama rakan-rakan lain dari masa ke semasa .
- Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.
- Guru boleh menerapkan beberapa nilai positif dalam diri murid seperti bertanggungjawab terhadap tugasan dalam kumpulan, penglibatan aktif atau seimbang, bersikap terbuka untuk menerima idea dan pandangan rakan-rakan lain serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka.
- Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
- Pemikiran kritis boleh terhasil dengan berkesan melalui beberapa cara, seperti penggunaan sumber yang meluas , guru menggalakkan murid untuk memberi pandangan tentang sesuatu topik yang sedang dibincangkan dan menerapkan elemen perbahasan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) berlangsung .
- Proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik , berguna dan berkualiti.
- Pembelajaran menghasilkan murid-murid yang berani mengambil risiko , berani untuk mengemukakan idea tanpa merasa bimbang terhadap kritikan yang bakal diterima, di samping berupaya untuk berpandangan jauh tentang sesuatu perkara.
- Penerapan dan pemupukan tingkah laku yang baik dan keperibadian seseorang ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.
- Guru perlu kreatif dan kritis dalam mendidik murid-murid untuk sentiasa berkelakuan sopan , menegur dan menasihati murid yang berbuat kesalahan dan juga boleh memberi penghargaan kepada murid yang mengamalkan nilai yang dipelajari di dalam kelas supaya menjadikan mereka seorang insan yang berguna dan berkualiti setelah tamat alam persekolahan kelak.

No comments:
Post a Comment