Peranan

 


PERANAN AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDKAN DI MALAYSIA



1. GARIS PANDUAN / RUJUKAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN

Akta Pemdidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya, ialah: 

  • Mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa seperti contoh dengan adanya ilmu pengetahuan maka kita dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Masyarakat minda kelas pertama ini merupakan masyarakat yang berpengetahuan, mampu beradaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Merekajuga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal teserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetian kepada Raja dan Negara sentiasa dijunjung.
  • Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan perubahan masa.
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecermelangan pendidikan bermutu tinggi dan bertaraf dunia sejajar dengan pembinaan sebuah pogram pusat kecermelangan pendidikan tinggi iaitu pogram Hingher Institution Centres of Excellences (HICoE).
  • Menggariskan perundanagan berkaitan dengan bidang pendidikan.

2. PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI

Banyak peraturan yang telah ditetapkan dan wajib diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan. Peraturan-peraturan yang terbentuk ini dibahagikan kepada bahagian iaitu; peraturan berkaitan institusi pendidikan, peraturan berkaitan kurikulum, peraturan berkaitan bahan pendidikan dan juga peraturan berkaitan masyarakat. Contohnya, 
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib 1993; Pindaan 2002)
Peraturan ini penting bagi : 
  • Memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam.
  • Pegawai yang bersalah perlu diberi pengajaran/hukuman.
  • Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan diri sendiri.
  • Memastikan penjawat awam melaksanakan tugasnya dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab.
Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kelakuan & Tatatertib 
Hukuman Tindakan Tatatertib Peraturan 3A: penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.
  • Peraturan 3B : seorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (P.U.A.176) melibatkan perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan.
  • Peraturan 3C : menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana-mana pegawai yang melanggar peratura tersebut.
  • Peraturan 4(1) : antara contoh pelanggaran peraturan 4(1):-
  1. Membocorkan rahsia kerajaan
  2. Menjadi anggota jemaah islamiah.
  3. Bersubahat dengan musush negara.

3.SISTEM PENDIDIKAN YANG SISTEMATIK

Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi dan meliputi semua kategori sekolah :
  • Sekolah kerajaan seperti Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan.
  • Sekolah bantuan kerajaan seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sekolah Tahfiz dan banyak lagi.
  • Sekolah swasta seperti Sekolah Wesley Methodhist, Abeeden Academy Cyberjaya dan banyak lagi.
Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Pendidikan khas juga turut diberi tumpuan dengan mengambil kira kepentingan semua kaum bagi memperkembangkan potensi indidvidu yang berkualiti sepenuhnya. Selain itu juga sistem pendidikan di Malaysia menjadi sangat rigid (ketat) iaitu pendidikan diberikan kepada kanak-kanak secara berperingkat bermula dari prasekolah hingga ke institusi pendidikan tinggi bagi melahirkan murid yang berkebolehan selari dengan pemikiran usia mereka malah lebih dari itu.Namun begitu, tidak terlepas pandang juga kepada pelajar yang istemewa iaitu pelajar genius yang ada di Malaysia seperti contoh Dr Nur Amalina yang telah berjaya menjadi Doktor Pakar di luar negara. Kebanyakan pelajar genius ini mengkecapi tuah mereka di negara luar seperti contoh negara jiran iaitu Singapura. Hal ini kerana, disana sambutan bagi pelajar genius ini lebih memberansangkan dan diambil berat pihak kerajaan negara tersebut dalam menjadikan mereka salah seorang daripada masyarakat yang dapat membantu dalam pengurusan pembinaan negara maju mereka.

4.KELESTARIAN PENDIDIKAN.

Akta Pendidikan 1996 ini menjadikan sistem pendidikan di Malaysia lebih baik. Kurikulum yang dilaksanakan di sekolah mengupayakan murid menguasai pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran yang penting pada abad ke 21 ini seperti contoh;

1. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ICT melalui pogram Google Classroom yang menggantikan pogram FrogVle yang telah dimansuhkan pada 2019 sewaktu Dr. Maszlee Malik menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 2019 lalu. Kemahiran ini secara umumnya merupakan satu proses pertukaran maklumat daripada indidvidu kepada individu lain dan mengolah maklumat tersebut mengikut keupayaan individu untuk membuat penilaian sesuatu perkara tersebut.
2. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif atau lebih dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran ini amat penting bagi di samping kelestarian pendidikan yang meliputi pendidikan teknik diutamakan.
3. Kemahiran Interpersonal dan arah kendiri dimana dalam kemahiran ini menjadikan murid yakin sewaktu melakukan sesuatu aktiviti di dalam kelas yang melibatkan secara individu dan perlu tampil kehadapan. Selain itu, didalam kemahiran ini dapat membolehkan murid untuk berkolaborasi dengan rakan sekelasnya yang lain sewaktu pembelajaran secara berkumpulan atau melibatkan lebih daripada jumlah ahli kelasnya. 

Tambahan pula sekolah, kelestarian pendidikan meliputi pendidikan teknik seperti TVET malah pendidikan khas juga diambil berat dalam sistem pendidikan di Malaysia seperti contoh di Malaysia terdapat sebanyak 34 buah Sekolah Pendidikan Khas yang dikendalikan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antaranya Sekolah Pendidikan Khas Vokasional Johor, Sekolah Pendidikan Khas Taiping dan banyak lagi. Kebajikan bagi pelajar pendidikan khas ini juga turut dijaga seperti disediakan kemudahan tempat tinggal atau dikenali sebagai asrama bagi pelajar yang jauh dari tempat tinggal dan mampu mengendali iaitu berdikari dari sudut diri mereka. Justeru kelestarian pendidikan amat penting bagi melahirkan murid yang berdaya fikir lestari dan bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian. Selain itu, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh sekaligus mempersiapkan murid bagi menghdapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa.

5.KESAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Malah pendidikan bagi kaum asli pribumi di negara Malaysia juga diambil penting dan hasilnya kini terdapat ramai anak kaum asli pribumi Malaysia yang sudah memberi sumbangan kepada Malaysia tidak kira dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial, kesenian dan juga politik. Selain itu, peluang untuk belajar juga diberikan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang atau pun kedudukan mereka sama ada luar bandar ataupun diluar bandar seperti rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak. Pelabagai inovasi dan sumbangan yang diberikan bagi menyampaikan ilmu kepada rakyat pedalaman yang susah mendapatkan maklumat daripada luar. Selain itu juga, guru yang berkaliber selalunya akan dihantar atau diposting ke pedalaman agar mereka dapat membantu dalam menyampaikan ilmu menggunakan ilmu yang telah mereka ada untuk dikongsikan agar tiada lagi murid yang tercicir. Seterusnya, kerajaan juga telah berusaha sebaik mungkin dalam memberikan pendidikan dan persekolahan bagi murid yang kurang berkemampuan seperti murid yang tiada sijil lahir, miskin dan sebagainya. Antara usaha yang dilakukan adalah bagi murid yang tiada sijil lahir, mereka perlu kemukakan (sijil lahir ibu, sijil lahir bapa dan bukti kelahiran), bantuan kewangan seperti B40, KWAMP, Amanah Miskin dan sebagainya. Usaha ini semuanya dilakukan demi memberikan pendidikan kepada semua kanak-kanak bagi melahirkan insan yang berilmu dan juga menolak keciciran pelajar.


6.MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 

Kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhlan dengan peruntukannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan matapelajaran teras. Selain itu, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu juga diwajibkan sebagai matapelajaran wajib yang diajar di semua sekolah dan institusi pendididkan. Hal ini merujuk kepada Steksyen 17(2), yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. Selain itu juga, dalam seksyen 28, memperuntukkan bahawa Menteri Pendidikan diberi kuasa untuk menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular dimana dengan pelaksanaan ini dapat mengawal pembinaan sekolah secara berleluasa. Seterusnya dalam memartabatkan Bahasa Melayu juga, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan matapelajaran Bahasa Melayu sebagai subjek wajib lulus didalam Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).


No comments:

Post a Comment

Pengenalan

AHLI KUMPULAN   PENGENALAN OBJEKTIF Menerangkan fungsi Akta Pendidikan 1996 dan kesesuaian pendidikan abad-21 Menjelaskan peranan Akta Pen...