Implikasi

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996




KESAN POSITIF

KURIKULUM KEBANGSAAN






Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan(1996):' Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai kurikulum kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen(3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan ' . keterangan berikut menunjukkan bahawa semua sekolah yang diperuntukkan perlu mengikut kurikulum kebangsaan . Dengan usaha sebegini, membantu memperkembangkan potensi murid dan melahirkan insan yang sempurna. Malahan, dapat membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga , masyarakat dan negara. . sebagai contoh

 

         Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) focus kepada kanak berumur 4-6 tahun mengandungi reka bentuk kurikulum berasaskan standard dan rekabentuk modular

 

         Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk kanak berusia 7-12 tahun . penguasaan kemahiran asas 4M, mengira menulis membaca dan menaau; bagi mecorak dan membentuk generasi yang mmenuhi tuntutan FPK kepada aspirasi negara

.

         KSSM mempertingkatkan lagi perkembangan potensi indivisu secara menyeluruh dan seibang segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah kearah pembangunan insan secara seimang dan harmoni.

 

 

PENDIDIKKAN TEKNIK DIPERTINGKAT



Tertumpu kepada kemahiran dan praktikal yang membolehkan politeknik untuk mengadakan program dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan dan organisasi perindustrian. Misalnya, Kolej Vokasional, Politeknik dan TVET.

 

Kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional(PTV) sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program bersepadu, mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV serta melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, ke arah pendidikan umum dan alam pekerjaan.

 

Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Sementelahan itu, mengadakan program berkembar kursus diperingkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi Pendidikan tinggi sama ada dalam dan luar negara. Malahan, lebih kepada Pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri

PENDIDIKAN KHAS DITUMPUKAN




Perkara ini dapat disokong dengan adanya peruntukan yang disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat juga pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam membantu golongan istimewa ini.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil Langkah cekap untuk menyediakan sekolah yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Sekolah harian yang berstatus sekolah menengah kebangsaan juga turut menyediakan kelab bagi pelajar Pendidikan khas. Ini dapat membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu , Cina, India dan bumiputera lain.

 

Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap Pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis Pendidikan yang sesuai untuk anak mereka( Jabatan Pendidikan Khas , 1998)

 

Misalnya, murid yang mempunya masalah pendengan, penglihatan dan pembelajaran (kognitif) ada beberapa factor lain yang diambil kira dalam penyediaan kemudahan bagi murid Pendidikan khas di bawah kelolaan KPM adalah:

 

i.                    Umur 4 hingga 19 tahun

ii.                   Kebolehan mengurus diri tanpa bantuan orang lain

iii.                 Boleh bergerak bebas tanpa bantuan orang lain

Antara sekolahnya ialah Sekolah Pndidikan Khas dan Pendidikan Inklusif .

 

PENDIDIKAN PRASEKOLAH AWAL KANAK KANAK




Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun dengan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan .

 

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan dasar ini secara berperingkat mulai pada Januari 2003. Juga melakukan pelbagai perkara untuk memastikan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah semakin baik dan antaranya ialah mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan(Rahman Abdullah, 2005)..

 

Pada tahun 2003, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik.  serta memelihara hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran kanak-kanak suka mebaca, mengira dan menulis.

 

Misalnyam PASTI, PERMATA, KEMAS. Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta. Pastinya terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah (Esah Sulaiman, 2003)





KESAN NEGATIF

MENYUKARKAN PEMBENTUKAN BANGSA MELAYU




Sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang agak mengelirukan Seksyen 2 mentafsirkan bahawa Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

 

Namun demikian, terdapat pengecualian yang diberikan kepada sekolah jenis kebangsan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 atau mana-mana institusi Pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri. Ini menyebabkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa ibunda telah meminggirkan martabat Bahasa kebangsaan dan Bahasa Malaysia sukar dibentuk.

Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkanalkan bagi memastikan kualiti Pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan dalam penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa urusan rasmi untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Seterusnya memperkenalkan subjek silang budaya.

 

Ibrahim Saad (1986) pula, menegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identity negara. Sebanyak 87% orang pelajar lebih menghayati akan budaya mereka sendiri.

 

Misalnya para pelajar telah dibawa ke Bazar Ramadan semasa bulan puasa. Pelajar lebih terdedah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan orang Melayu. Ini termasuk penggunaan seni berpantun dalam urusan jualbeli dan tawar menawar. Pelbagai busana Melayu dapat dilihat seperti baju kurung Pahang, baju kebarung, baju melayu, kebaya, sarong dan kain pelikat. Bagi pelajar yang bukan melayu, pendedahan ini merupakan ilmu dan pengetahuan yang baharu lagi menarik.

 

Dengan adanya pembelajaran silang budata, integrasi antara kaum kian menyerlah. Tahap kesalahfahaman semakin berkurangan dan pelajar lebih bersikap terbuka untuk mendalami budaya kaum lain demi menjamin kemakmuran Singapura sebagai negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama.

PENSWASTAAN PENDIDIKAN




Pendidikan bukan sepenuhnya di bawah kerajaan kecuali sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Standard kurikulum yang digunakan tidak sama. Taraf Pendidikan berbeza dan menduduki jenis peperiksaan berbeza. Sebagai contoh tadika swasta, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, pusat Latihan kemahiran swasta, kolej swasta dan IPTS.

 

Jadinya Langkah untuk mengatasi kesan negative sebegini , pihak kerajaan memberikan kawalan terhadap institusi Pendidikan swasta dan memperluaskan pernanan kerajaan dan majikan bagi membangunkan Pendidikan percuma. Dapatan kajian mendapati, Seksyen 20, seseorang yang ingin menubuhkan tadika perlu didaftarkan di bawah Akta ini. Seseorang yang menubuhkan tadikan tetapi tidak didaftarkan dibawah akta ini akan dikira sebagai satu kesalahan. Justeru itu,untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang pembukaan premis ini,pihak berkenaan haruslah mendaftarkan terlebih dahulu.

PENGANGGURAN





Persaingan sengit antara pelajar yang mendapat Pendidikan

Kira dapat lihat melalui kadar pengangguran sebanyak 3.3% berjumlah 503000 orang (204 000 adalah yang mendapat graduan)

 

Langkah: 

Memperbanyakkan program Pendidikan yang menawarkan kursus pragraduan serta pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Memandangkan Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan Pendidikan wajib bagi Pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun. Pihak KPM telah memulakan dasar ini secara berperingkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003. Akan tetapi mengapakah hal ini masih terdapat masalah penyediaan guru yang tidak mencukupi. Penubuhan banyak sekolah memerlukan ramai guru yang kreatif dan inovatif bagi membimbing pelajar supaya semua murid dapat belajar dengan baik.





No comments:

Post a Comment

Pengenalan

AHLI KUMPULAN   PENGENALAN OBJEKTIF Menerangkan fungsi Akta Pendidikan 1996 dan kesesuaian pendidikan abad-21 Menjelaskan peranan Akta Pen...